Terjemahan kata -kata dalam gambar di atas....Meskipun kita tak tahu alamat rezeki kita, tetapi rezeki pula tahu alamat kita...(ambil terjemahan daripada pensyarah ana) ;)
Terdapat
pelbagai kurniaan yang Allah berikan kepada insan... Salah satu kurniaannya
adalah rezeki. Kurniaan rezeki ini bukan
semata-mata dengan banyaknya wang dan harta…ianya boleh didapati dengan berjayanya
kita dalam pengajian di peringkat tinggi, ada anak yang soleh dan solehah,
berkahwin awal dan sebagainya... Sejak azali lagi Allah dah tetapkan rezeki
untuk kita…semasa kita belum keluar melihat dunia…cuba kita fikirkan kembali semasa
kita berada dalam Rahim ibu… kita kan xpernah fikirkan tentang rezeki akan tetapi
kita dapat juga masih boleh hidup walaupun berada di dalam rahim ibu…
Di dunia
mungkin kita merasakan kita dianugerahkan akal untuk berfikir tentang rezeki
yang bakal dikurniakan…contohnya dulu kita bercita-cita untuk menjadi seorang
saintis… Namun, takdir Allah menentukan yang kita akan menjadi pensyarah…Rezeki
itu bukanlah mengikut apa yang kita tentukan dan rasakan…Rezeki itu mengikut
ketentuan tuhan… Sekiranya rezeki itu mengikut apa yang kita tentukan dan
rasakan sebenarnya ia juga datang dari ketentuan Allah…segala-galanya dari
Allah…
ingat… janganlah kita terikut-ikut dan dambakan dengan rezeki yang Allah
berikan kepada orang lain…contohnya, bila orang yang kita kenal dah dapat
jodoh,kita yang xda jodoh lagi…sibuk nak
berjodoh…menghabiskan waktu memikirkan jodoh dengan rakan sepelajaran ,dengan
pensyarah, dengan sefikrah dan dengan orang yang senegeri dan sedaerah…ingat…semua
telah ditetapkan…yang telah ditetapkan pasti akan dapat juga akhirnya walaupun
dengan mengambil masa yang cepat atau lambat...bak kata di atas Meskipun kita tak tahu alamat rezeki kita, tetapi rezeki pula tahu alamat kita...Sabar menunggu ya....
Pesanan buat diri ini dan yang membacanya sekiranya hendak berkahwin…Kahwinlah atas niat kerana cinta Allah dan bukannya cinta manusia kerana cinta manusia boleh hilang…Namun, cinta Allah akan kekal selagi islam di jiwa… Dan nikah itu bukanlah nikmat kongsi hidup semata-mata...mestilah adanya amanah tangungjawab... ramai pasangan yang bercerai kerana tangungjawab terabai…Biarlah perkahwinan bersulami dengan kebahagian didunia dan akhirat…
Pesanan buat diri ini dan yang membacanya sekiranya hendak berkahwin…Kahwinlah atas niat kerana cinta Allah dan bukannya cinta manusia kerana cinta manusia boleh hilang…Namun, cinta Allah akan kekal selagi islam di jiwa… Dan nikah itu bukanlah nikmat kongsi hidup semata-mata...mestilah adanya amanah tangungjawab... ramai pasangan yang bercerai kerana tangungjawab terabai…Biarlah perkahwinan bersulami dengan kebahagian didunia dan akhirat…
Bunga harapan...
ingatlah diri kepada tuhanlah segala pengharapan...
Sikap insan xsemua ketahuan...
Mengharap pada tuhan indah dan akhlak itu insan...
Buat yang perlukan teman sokongan dan dorongan...
Perlukan teman selalu ingat tentang tuhan...
Berdasarkan latar belakang ilmu pendidikan...
aku yakin engkau beriman...
Sekian...
maaf ayat berterabur sikit ;)