Friday, August 30, 2013

Kurniaan buat insan…


Terjemahan kata -kata dalam gambar di atas....Meskipun kita tak tahu alamat rezeki kita, tetapi rezeki pula tahu alamat kita...(ambil terjemahan daripada pensyarah ana) ;) 

Terdapat pelbagai kurniaan yang Allah berikan kepada insan... Salah satu kurniaannya adalah rezeki. Kurniaan rezeki ini  bukan semata-mata dengan banyaknya wang dan harta…ianya boleh didapati dengan berjayanya kita dalam pengajian di peringkat tinggi, ada anak yang soleh dan solehah, berkahwin awal dan sebagainya... Sejak azali lagi Allah dah tetapkan rezeki untuk kita…semasa kita belum keluar melihat dunia…cuba kita fikirkan kembali semasa kita berada dalam Rahim ibu… kita kan xpernah fikirkan tentang rezeki akan tetapi kita dapat juga masih boleh hidup walaupun berada di dalam rahim ibu…

 Di dunia mungkin kita merasakan kita dianugerahkan akal untuk berfikir tentang rezeki yang bakal dikurniakan…contohnya dulu kita bercita-cita untuk menjadi seorang saintis… Namun, takdir Allah menentukan yang kita akan menjadi pensyarah…Rezeki itu bukanlah mengikut apa yang kita tentukan dan rasakan…Rezeki itu mengikut ketentuan tuhan… Sekiranya rezeki itu mengikut apa yang kita tentukan dan rasakan sebenarnya ia juga datang dari ketentuan Allah…segala-galanya dari Allah…

ingat… janganlah kita terikut-ikut dan dambakan dengan rezeki yang Allah berikan kepada orang lain…contohnya, bila orang yang kita kenal dah dapat jodoh,kita yang  xda jodoh lagi…sibuk nak berjodoh…menghabiskan waktu memikirkan jodoh dengan rakan sepelajaran ,dengan pensyarah, dengan sefikrah dan dengan orang yang senegeri dan sedaerah…ingat…semua telah ditetapkan…yang telah ditetapkan pasti akan dapat juga akhirnya walaupun dengan mengambil masa yang cepat atau lambat...bak kata di atas Meskipun kita tak tahu alamat rezeki kita, tetapi rezeki pula tahu alamat kita...Sabar menunggu ya....

Pesanan buat diri ini dan yang membacanya sekiranya hendak berkahwin…Kahwinlah  atas niat kerana cinta Allah dan bukannya cinta manusia kerana cinta manusia boleh hilang…Namun, cinta Allah akan kekal selagi islam di jiwa… Dan nikah itu bukanlah nikmat kongsi hidup semata-mata...mestilah adanya amanah tangungjawab... ramai pasangan yang bercerai kerana tangungjawab terabai…Biarlah perkahwinan bersulami dengan kebahagian didunia dan akhirat…

Bunga harapan...
ingatlah diri kepada tuhanlah segala pengharapan... 
Sikap insan xsemua ketahuan...
Mengharap pada tuhan indah dan akhlak itu insan...
Buat yang perlukan teman sokongan dan dorongan...
Perlukan teman selalu ingat tentang tuhan...
Berdasarkan latar belakang ilmu pendidikan... 
aku yakin engkau beriman...
Sekian...
maaf ayat berterabur sikit ;) 

Sunday, November 25, 2012

terguris hati bak digilis oleh lori??

Assalamualaikum…Apa khabar semua??Alhamdulillah baik-baik belaka ya dan sebutlah Alhamdulillah atas nikmat iman, islam dan atas segala kurnian ke atas diri kita…pernah sahabat-sahabat semua melalui kehidupan dengan rasa geram, kecewa, dendam, sedih, iri hati, marah, sakit hati, terguris hati bak digilis oleh lori??
Allah…Allah…Redhailah…kalau kita tidak mampu redha, bersabarlah… kerana kesabaran ada kebaikan yang banyak...kita ambil kata-kata yang suci daripada kalam Allah surah luqman:28 bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu… kita perlu sangat bersabar di atas apa yang menimpa kita semasa kita berada di tempat persinggahan  yang sementara ini…dan akhirat jualah yang kekal abadi dan lebih utama…kita juga harus ingat kesedihan yang kita alami  hanyalah sementara sahaja…bersabarlah…walaupun, bersabar itu sangat susah, payah dan berat tapi dalam masa yang sama kita ketahuilah dan ambil peringatan Allah didalam furqan  surah al-baqarah ayat yang terakhir iaitu 286:  Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya(kemampuannya)…kita kena ingat setiap perkara berlaku ada hikmahnya dan sesuai dengan kemampuan diri kita…
Semasa dalam persinggahan kehidupan ini pelbagai kenangan pahit menimpa diri kita dan tidak dilupakan juga kenangan manis yang selalu dikenang…Namun,apabila melalui pengalaman pahit seperti jenayah perbuatan manusia  berlaku ke atas kita, diabaikan, dikutuk, difitnah serta dikeji oleh orang-orang yang disayangi, tidak mendapat benda yang dihajati, menimpa kesakitan yang sangat mudharat, merasai perasaan yang amat pedih hanya kita dan Allah sahaja mengetahui rasanya… Apa-apa pun jua masalah yang berlaku ingatlah Allah Ta’ala…Kita hendaklah sentiasa ingat firman Allah dalam surah al-ra’du:28.. orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah.
Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi aman,sejahtera dan tenteram. Di samping itu, Kita juga wajib percaya kerana Allah Ta’ala telah mentaqdirkan ianya berlaku ke atas diri kita...setiap perkara yang berlaku samaada baik atau buruk adalah dengan kehendak dan izin dari Allah Taa’la…kita sebagai hamba hanya layak bagi kita untuk menerimanya dan bersabar serta bukan mempertikaikan kehendak Allah Ta’ala...Sekiranya kita tahu ianya ada hikmah dari Allah, kita tidak akan mempertikaikan ke atas apa yang telah menimpa diri kita dan berusahalah menerimanya serta ingatlah kalam Allah subhanahu wa ta’ala surah al baqarah ayat 216: Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
WaAllahua’lam…